Perniagaan Kami
Didorong oleh visi kami iaitu untuk menjadi Penggerak Utama di dalam aktivti nilai industri padi dan beras, aktiviti teras perniagaan ditumpukan kepada:
BIJI BENIH PADI BERKUALITI TINGGI
Pengeluaran dan penghantaran Biji Benih Padi Sah dan Biji Benih Padi Berdaftar yang berkuali tinggi. Memberikan perkhidmatan dari proses penumbuhan sehinggalah proses penggunaan. Setiap peringkat pengeluaran dipantau dengan teliti berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian bagi menghasilkan biji benih berkualiti. MADACorp menawarkan biji benih yang berkualiti tinggi kepada para petani.
Operasi oleh: Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd (23635-H)
BEKALAN INPUT PERTANIAN
Komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para petani melalui pembekalan input pertanian seperti baja dan bahan kimia dengan menyertai program yang dianjurkan oleh kerjaan dan sentiasa memperkenalkan produk baru selaras dengan pasaran semasa.
Operasi oleh: MADACORP AGROSERVICES SDN BHD. (159062-V)
ESTET BERSKALA BESAR DAN KONTRAK
Mengunapakai segala bantuan dan peluang komersial yang disyorkan oleh industri padi dan beras dengan memanfaatkan pembangunan pada skala besar dan aktiviti pertanian kontrak. Perkhidmatan tambahan yang disediakan termasuk memberi sokongan agronomi untuk membantu menigkatkan produktiviti, pendapatan dan berusaha membangunkan sistem pertanian yang mampan untuk rakyat.
Operasi oleh : MADACORP AGROSERVICES SDN BHD (159062-V)
KERJA-KERJA PEMBINAAN DAN INFRASTRUKTUR
Mempunyai lesen G7 untuk melakukan kerja-kerja sivil yang komprehensif termasuk kajian lapangan, pengurusan projek, pembinaan dan kerja-kerja infrastuktur seperti projek pembetungan dan pembangunan kelas atasan.
Operasi oleh: Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd. (23635-H)













































