Profil Kami
Tentang Organisasi Kami
Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd. (23635-H) dikenali sebagai MADACorp, telah ditubuhkan pada tahun 1975 oleh ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) iaitu sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Sejajar dengan misi utama MADA untuk mempergiatkan penglibatan petani secara menyeluruh dalam industri padi dan beras, memaksimumkan pendapatan para peladang serta memajukan industri padi dan beras sebagai entiti ekonomi yang berdaya saing maka tertubuhnya MADACorp sebagai entiti bisnes yang menawarkan perkhidmatan dan bantuan bagi membantu perniagaan tani.
Mewakili 60,000 keluarga tani dari 27 kawasan merangkumi Kedah Darul Aman dan Perlis Indera Kayangan dimana PPK MADA memegang saham terbesar di dalam MADACorp dengan pegangan saham sehingga 50%. Pihak MADACorp bukan sahaja menitikberatkan pendapatan para petani, malahan tujuan utama penubuhan juga adalah untuk membangunan social ekonomi terutamanya di kawasan MUDA.
Visi kami
Misi kami
Pembekalan dan perkhidmatan berkualiti yang efisien dan dipercayai untuk memenuhi keperluan petani.